[...] "Aku ada satu cadangan." Makhluk itu membongkok ke arahku, tak ubah seperti kawanku April setiap kali dia ingin memberitahu rahsianya, walaupun tiada satupun rahsianya yang berguna atau benar-benar rahsia. "Kalau kau tak beritahu sesiapa yang aku berada di sini, aku akan pulihkan mata kau."
"Keluar dari bandar ni!"
Matanya berkelip beberapa kali. "Itulah yang aku cuba lakukan sebenarnya."
"Maksud aku, kau tak boleh!"
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Begini...orang lain tak mampu untuk pulihkan mataku. Kacamata sahaja pilihanku".
"Aku ada beberapa kebolehan. Kau akan nampak nanti, dengan syarat..."
"...Aku tak bagitau sesiapa pasal kau?"
"Ye... itulah yang terpaling penting."
"Macamana aku nak pastikan yang kau takkan buat aku buta? Entah-entah kau sama sahaja dengan 'telemarketer' tu, pandai buat janji palsu sahaja."
Dia pun mula membebel panjang macam sebelum-sebelum ini.
"Aku takkan apa-apakan makhluk yang tak pernah membahayakan aku."
"Maksudnya kalau aku ni membahayakan kau, kau akan butakan mata aku?"
"Itu kau akan tahu nanti."
"Dan kalau kau boleh pulihkan mata aku, dan aku tak bagitau sesiapa pasal kau, kau akan tinggalkan tempat kami?"
"Itulah yang terpalng penting!"